Nyatakan 4 kepentingan pengurusan kewangan
- Membuat perancangan kewangan
- Perancangan kewangan ialah menentukan matlamat kewangan yang hendak dicapai dengan cekap bagi memaksimumkan keuntungan peniagaan
- Mengagihkan sumber kewangan mengikut peruntukkan
- Pembahagian kewangan syarikat kepada setiap jabatan dan unit berdasarkan bajet yang telah diluluskan
- Mengelakkan berlaku penyelewengan
- Menghindar sebarang penyelewengan kewangan yang tidak mengikut prosedur kewangan
- Menggunakan sumber kewangan dengan cekap / efisien
- Menggunakan sumber kewangan dengan cekap merujuk kepada memaksimumkan pulangan dan meminimakan kos kewangan
Nyatakan 4 peranan pengurus kewangan
- Membuat analisis dan perancangan kewangan
- Menganalisis data / kedudukan kewangan, membuat ramalan keuntungan masa depan
- Mengurus sumber dana secara berkesan
- Membuat penilaian dan memilih sumber pembiayaan yang terbaik serta menggunakan sumber dengan berkesan bagi memperoleh pulangan yang maksimum
- Menjaga kecairan dan keberuntungan syarikat
- Menentukan nisbah kecairan yang sesuai
- Mengawal dan menyelaras sumber kewangan yang diperuntukkan kepada jabatan dalam organisasi
- Mengagihkan secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat jabatan dan organisasi
Nyatakan 2 peranan pengurus kewangan kepada bidang sumber manusia
- Jabatan Sumber Manusia akan membuat anggaran perbelanjaan dalam perancangannya seperti pembayaran gaji, upah, bonus, dan sebagainya.
Jabatan Kewangan perlu mengetahui anggaran peruntukan yang diperlukan untuk membuat perancangan kewangan bagi Jabatan Sumber Manusia
Nyatakan 2 peranan pengurus kewangan kepada bidang pemasaran
- Jabatan Kewangan bertanggungjawab dalam mendapatkan maklumat keperluan Jabatan Kewangan, iaitu anggaran peruntukan yang diperlukan untuk aktiviti promosi dan pengedaran
Jabatan Pemasaran memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan operasi pemasaran organisasi. Hasil jualan akan diserahkan kepada Jabatan Kewangan
- Jabatan Pemasaran memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran
Jabatan Kewangan akan menyediakan peruntukan berdasarkan anggaran peruntukan kewangan Jabatan Pemasaran
Nyatakan 2 peranan pengurus kewangan kepada bidang pengeluaran
- Jabatan Kewangan perlu mengetahui anggaran kos daripada Jabatan Pengeluaran supaya perancangan syarikat dapat dibuat
Jabatan Pengeluaran perlu menjelaskan keperluan perbelanjaan kewangan yang besar dan mejelaskan langkah-langkah yang dapat menjimatkan kos kepada Jabatan Kewangan
- Jabatan Pengeluaran memerlukan sumber kewangan untuk membeli belah bahan mentah, mesin, peralatan dan sebagainya
Jabatan Kewangan bertanggungjawab dan memastikan setiap pembelian input adalah mengikut standard yang diperuntukan oleh Jabatan Pengeluaran
Nyatakan 2 peranan pengurus kewangan kepada bidang perakaunan
- Jabatan Perakaunan menyediakan penyata kewangan kepada jabatan kewangan bagi tujuan analisis kedudukan kewangan