latihan fakta umum bab 1.pdf
Soalan - Cadangan Jawapan
Nyatakan tiga ciri organisasi bermotifkan untung (OP)
- Matlamat utama adalah memaksimumkan keuntungan
- Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965, Akta Perkongsian 1974 dan Akta Koperasi 1993
- Didaftarkan di Pendaftar Syarikat
Nyatakan tiga ciri organisasi tidak bermotifkan untung (OBP)
- Matlamat utama adalah menjaga kebajikan atau kepentingan masyarakat atau ahli organisasi
- Ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan 1966
- Didaftarkan di Pendaftar Pertumbuhan
Nyatakan empat kepentingan keuntungan kepada peniagaan
- Keuntungan merupakan salah satu sumber modal yang akan digunakan untuk mengembangkan peniagaan
- Keuntungan adalah kayu pengukur pretasi bagi peniagaan yang mampu bersaing di pasaran
- Keuntungan membolehkan peniagaan mengisytiharkan pembahagian dividen kepada pemegang saham
- Keuntungan memastikan peniagaan terus beroperasi di pasaran
Nyatakan tiga peranan peniagaan terhadap pengguna
- Peniagaan menyediakan barang dan perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
- Peniagaan menawarkan pelbagai pilihan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna supaya mereka mendapat kepuasan atas pilihan mereka
- Peniagaan menyediakan dan menawarkan barangan atau perkhidmatan yang boleh meningatkan taraf hidup dan mampu dimiliki oleh pengguna.