Maksud Dorkrin Pengasingan Kuasa
- Dorkrin Pengasingan Kuasa ialah pengasingan kuasa antara 3 badan, iaitu badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman.
Nyatakan kebaikan Dorkin Pengasingan Kuasa
- Mengelakkan pentindihan bidang kuasa - pihak yang sama tidak terlibat dalam pengurusan lebih daripada SATU kuasa
- Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa kepada sesuatu badan tertentu
- Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu oleh badan lain
- Meningkatkan kecekapan pemerintahan negara
Nyatakan komponen Parlimen
- Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)
- Dewan Negara
- Dewan Rakyat
Nyatakan fungsi Parlimen
- Menggubal undang-undang persekutuan
- Meluluskan undang-undang persekutuan
- Meminda undang-undang persekutuan
- Menyemak dan membahaskan dasar-dasar kerajaan
- Menjadi forum kritikan dan membincang pendapat awam tentang isu
- Meluluskan perbelanjaan kerajaan dan hasil-hasil cukai yang baharu
- Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat dengan lebih terperinci