答案都來自於 AI 的總結,任何答案都可能會錯誤。 Jawapan diberikan daripada AI. Apa-apa jawapan perlu diperhatikan.

  1. Sesebuah negara berdaulat mempunyai A. Perlembagaan bertulis B. Sistem ekonomi yang kukuh C. Penduduk yang pelbagai kaum D. Kerajaan yang mampu mentadbir sendiri
  2. Yang manakah elemen penting untuk melaksanakan pilihan raya di Malaysia A. Penamaan calon B. Kempen pilihan raya C. Kawasan pilihan raya D. Suruhanjaya pilihan raya
  3. Yang manakah benar tentang peringkat jawatankuasa dalam prosedur penggubal undang-undang A. Rang undang-undang dibahaskan dengan terperinci B. Pengundian dijalankan untuk meluluskan undang-undang C. Rang undang-undang dipersembahkan kepda YDPA D. Menteri bertanggungjawab menjawab semua pertanyaan yang dikemukakan
  4. Yang manakah kuasa budi bicara sultan? A. Melantik menteri besar B. Melantik ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri C. Menjadi pengerusi jemaah pengampunan negeri D. Merasmi persidangan pertama DUN
  5. Yang manakah kuasa kerajaan negeri terhadap pihak berkuasa tempatan? A. Meluluskan anggaran belanjawan B. Mengawal sempadan kawasan pilihan raya C. Melantik kakitangan pihak berkusa tempatan D. Menyelaras dasar pihak berkusa tempatan
  6. Ciri asas bagi sebuah negara adalah mempunyai A. Pejabat kedutaan di negara asing B. Bendera yang dikenali di seluruh dunia C. Penduduk yang berbilang kaum D. Sempadan yang dapat dikawal dengan cekap
  7. Dengan cara apakah, isteri seorang warganegara Malaysia atau anak berumur 15 tahun yang salah seorang ibu bapanya warganegara Malaysia dapat memperoleh kewarganegaraan Malaysia? A. Kuatkuasa undang-undang B. Pendaftaran C. Kemasukan D. Pencantuman wilayah
  8. Kuasa pengampunan YDPA merangkumi pesalah yang berikut kecuali A. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera B. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Melaka C. Orang yang didapati bersalah oleh Mahkamah Awam di Labuan D. Orang yang didapati bersalah di Mahkamah Syariah di Pulau Pinang
  9. Antara berikut yang manakah perbezaan bidang kuasa mahkamah persekutuan dengan mahkamah lain? A. Mendengar bidang kuasa sivil dan jenayah mahkamah di bawahnya B. Menyelesaikan kekeliruan yang berkaitan dengan soal perlembagaan C. Menyelesaikan pertikaian antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri D. Mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh mahkamah di bawahnya
  10. ▪Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu oleh badan lain dan menjamin rakyat mendapat keadilan dan hak asasi manusia▪ Pernyataan di atas merujuk kepada A. Birokrasi B. Demokrasi berparlimen C. Ketertinggian perlembagaan D. Doktrin pengasingan kuasa
  11. Antara yang berikut, yang manakah benar tentang Pengerusi Suruhan Jaya Pilihan Raya? A. Pemecatan beliau dilakukan oleh tribunal B. Saraan ditentukan dan dibayar oleh perbendaharaan C. Merupakan seorang pegawai kanan dalam perkhidmatan awam D. Perlantikan dibuat selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja
  12. ▪Membentuk dasar negeri dan turut dianggotai oleh ahli ex-officio▪ Pernyataan di atas merujuk kepada A. DUN B. Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri C. Setiausaha kerajaan negeri D. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
  13. Bidang kuasa lain mahkamah tinggi ialah A. Memberi pandangan dan membuat keputusan tentang suatu undang-undang B. Memberi nasihat kepada YDPA tentang perlembagaan C. Memberi nasihat kepada mahkamah rendah dalam hal perlembagaan D. Boleh membincangkan apa jenis kes sivil dan jenayah
  14. Yang manakah yang benar tentang Peguam Negara? A. Saraannya ditentukan oleh kabinet B. Menganggotai jemaah pengampunan C. Boleh memulakan prosiding dalam mana-mana mahkamah D. Perlantikannya atas nasihat Majlis Raja-Raja
  15. Antara yang berikut, yang manakah membantu kabinet menyelaraskan kegiatan kementerian-kementerian? A. Majlis tindakan negara B. Majlis tanah negara C. Majlis kewangan negara D. Majlis negara bagi kerajaan tempatan
  16. Yang manakah langkah penyelesaian sekiranya pencanggahan berlaku antara undang-undang persekutuan dengan undang-undang negeri? A. Mahkamah akan meminda undang-undang tersebut B. Keseluruhan undang-undang negeri akan dibatalkan C. Pengisytiharan tidak sah akan dibuat di DUN terlebih dahulu D. Undang-undang persekutuan akan digunapakai dan undang-undang negeri akan terbatal setakat mana yang bercanggah
  17. Yang manakah benar tentang seorang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya? A. Dilantik oleh YDPA B. Boleh dipecat oleh jemaah menteri C. Saraanya diperuntukkan oleh Parlimen D. Bertugas membantu ketua setiausaha negara
  18. Yang manakah kes sivil yang dibicarakan di mahkamah syariah? A. Bersekedudukan B. Menuntut nafkah anak C. Tidak membayar zakat D. Mengajar ajaran sesat
  19. Yang manakah sumber kewangan kerajaan tempatan? A. Cukai tanah B. Cukai sampah C. Cukai hiburan D. Cukai perniagaan